Tuesday, November 24, 2009

Superfriends @ Khidmat Masyarakat I

Superfriend Yem in Action
Tarikh : 23 November 2009
Tempat : Bandar Bukit Mahkota Bangi, Selangor
Topik : Jangan Takut Gagal.


Superfriend Yem memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk anak-anak remaja di Bandar Bukit Mahkota Bangi pada 23 November, 2009. Pengalaman yang dikongsi semasa zaman persekolahan dan ketika di universiti sangat berguna kepada anak-anak Malaysia.

Anak-anak memerlukan suntikan semangat. Tekun mendengar!

Anak-anak sentiasa mahu bergembira dan bermain, asalkan pengisian baik dan berguna, semuanya boleh dilakukan.

Kecik dan besar, semua berkongsi dan berseronok.

Tuesday, February 24, 2009

Jerangkung Dalam Almari

Koleksi Gambar Lama Yang Terbaru- Masih Tiada Di Pasaran

Pasukan kalah-mati matrik uum, kombinasi Jenan-Kulim, sukan matrikulasi di UPM, dari kiri : Hadi (tekong), Londod (tekong kanan), Debeq (tekong kanan), Rhojak (tekong simpanan), Fadli (tekong kiri), Ucop Acan (tekong tengah), wa (tekong depan), Bad (tekong kiri), ala mamat ni aku lupa nama dia, tapi tekong jugak. Tu sebab tak menang, semua main tekong...!!

Bersantai di Langkawi dengan keluarga angkat Yem, Alai, Rohing dan Kaybis. Rambut dah gonjeng!!

Program realiti yang pertama, "Mari Main Tembak2", lokasi Pulau Langkawi. Yem, Wa, Yed, Rugug, Bad, Meri, Asri, Azli Gyver.

Pertandingan pakaian beragam bagi pasukan beruniform, dengan tema "Kepala Hotak Kau Berjambul", Kiri: Tuan Tuan Ramlan aka Jay, Arul aka Os, Wa aka Gua, Mohan aka Budak Hitam. Nota : Senapang tu senapang betul tuh...bukan beli kat Siam.

He he...yang ini tak ada kena mengena dengan UUM tapi kat Kedah jugak. tak dapat masuk askar, dapat jadi askar olok-olok pun ok. tapi tak ada senapang, senapang mainan pun tak merasa!!

Monday, February 23, 2009

Debunga Wangi

KOLEKSI GAMBAR LAMA YANG TERKINI!! Tiada di pasaran.

Pagi-pagi sebelum pegi audition kat Kulim. Dari kiri Wea Kemaro (Tekong 2), Mat Pit (banyak sangat nak gelar!!), Mus, Rosli Sarsiparilla, Sudin Keeper (goal keeperla), Apis (Saudagar Okid), Mahadi (Imam). Kat tengah:Ucop Acan, Malique, Ikmal, Azmin, Yed. Depan: Lokmea (Handsome Boy), Yem Bukan Bai, Manja, Amir Kagat.
Kumpulan rock paling hebat di Jepun, Kumpulan Taml Ear-San, tetapi diharamkan di Singapura dengan alasan menggunakan alas kaki yang tidak sesuai dan terlalu KeJepunan. Dari Kiri, Yed (Pemain Joran), Manja (Kaki Pau), Yem Bukan Bai (Pembuat Bes), Ucup Acan (Tekong), Meri (Pengeluar Biskut), Malique (Penyanyi Wrapper), Yut (Juruteknik Automatik), Mus June (Penulis Vokal), Rosli Sarsiparila (Striker) dan Ramlan (Lead). Gambar dari album pertama, bertajuk "Lagu Ikan Jaket Biru".

Aku pun tak ingat gambar pasal apa ada tapi aksi paling gempak ialah yang tengah tunjuk muka korang tu.. Yamin (sekarang haji), yang kontrol macho iaitu EAKA, yang berlaga punggung Rosli Sarsiparilla dengan Adzli Gyver..last sekali Ucup Acin (sebab spek dia bulat!!)
Posing lepas kena reject audition nak masuk UUM. Dari kiri : dua orang yang tidak dikenali dekat background, dipercayai saja sabotaj kita org posing, Depan : Rosli Sarsiparilla, Akim (pakar sat lekuk), Wak Basar (pesilat negara sendiri), iwan (penghulu kolakanso), 2 biji fire-extinguiser (kitaorg cuba alih tapi kena marah!). Belakang: Meri, Mus, Maniam (apit kiri). Lagu yang dinyanyi ialah lagu "Anak Kecil Main APA?"..

Yang Ini Gambo Kelas Daa....matrik tahun 1, mrsm Kulim, Kedah. Cikgu depan paling kanan ialah pemotong rambut paling berani....

Wednesday, January 28, 2009

Bisnes Superfriends

Koleksi Gambar-gambar di Restoran Ibunda
No.251, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Reservation Desk +603 2148 8488
web site : www.ibunda-finedine.com.my
email : dine@ibunda-finedine.com.my
Tokeh : Superfriend Yed.


Superfriend Ucop tengah tengok menu. Cari mana satu yang boleh bayar kendian..
Kalau nak belajar silat pun boleh..superfriend Yed.

Dalam Restoran Ibunda..

Tetamu yang sangat baik.....dengor jer....

Pembuka selera (appetizer..)

Sup Haruan

Kambing......

Seafood...

Sunday, January 4, 2009

Superfriends Bekam II

sanbungan..

Langkah 5, Break. Solat berjemaah dan makan. Menu istimewa oleh tuan rumah ialah nasi jagung. Gambar selepas solat zohor, diimamkan oleh pengamal bekam, Ust. Abd Hadi.


Nampaknya tuan rumah yang bersemangat bila time makan, tak apa...next round, tuan rumah dah janji hidangan luar biasa....so, tunggu next round of superfriends bekam...
BEFORE (ALAT SEKULAT BEKAM)
AFTER (ALAT SEKULAT BEKAM)
AFTER (THE BODY OF BEKAMER)
AKUPUNTUR, 2 JARUM SHJ (PROMO!)

CLOSE-UP TERPILIH
(Kumpilasi gambar-gambar yang mengerikan bagi bukan peminat bekam. Jangan tiru aksi ini dirumah anda, darah yang anda lihat adalah darah sebenar, bukan lakonan!)

Superfriends Bekam I

AKTIVITI : Bekam (Cupping)
LOKASI : Rumah Superfriend Bud, Taman Tropika, Bangi

MASA & TARIKH : 1030 pagi - 1800 ptg

PESERTA : 10 ORANG

PERAWAT : 3 ORANG dari Pusat Rawatan Tibbun Mubarak, Seremban di ketuai oleh USTAZ ABD HADI MOHD ISA, dari Batu Kikir, N9.


AMARAN! JANGAN TENGOK JIKA SEDANG ATAU TENGAH MAKAN NASI!!


Gambar lokasi rumah superfriends Bud, tempat aktiviti bekam dijalankan buat kali ke-2.

Persediaan untuk memulakan aktiviti oleh pengamal dariTibbun Mubarak.Menyusun 'katil' dan alat-sekulat di tempat bekam akan dijalankan.



langkah 1, periksa mata, tapak tangan,nadi dan tempat-tempat untuk dibekam.



langkah 2, kalau ada yang kena tekan, pengamal akan tekan, kalau ada yang kena lipat, pengamal akan lipat. Kiropraktik.
langkah 3, bekam 'warming-up' , bekam angin dulu, kasi point-point bekam seterusnya ready untuk 'the real thing'.
langkah 4, the real thing, bekam untuk keluarkan darah-darah yang sakit dari dalam tubuh, mengikut sunnah Nabi SAW. Tempat-tempat biasa ialah dibahagian belakang badan, di kepala dan di kaki.

bersambung........