Tuesday, February 24, 2009

Jerangkung Dalam Almari

Koleksi Gambar Lama Yang Terbaru- Masih Tiada Di Pasaran

Pasukan kalah-mati matrik uum, kombinasi Jenan-Kulim, sukan matrikulasi di UPM, dari kiri : Hadi (tekong), Londod (tekong kanan), Debeq (tekong kanan), Rhojak (tekong simpanan), Fadli (tekong kiri), Ucop Acan (tekong tengah), wa (tekong depan), Bad (tekong kiri), ala mamat ni aku lupa nama dia, tapi tekong jugak. Tu sebab tak menang, semua main tekong...!!

Bersantai di Langkawi dengan keluarga angkat Yem, Alai, Rohing dan Kaybis. Rambut dah gonjeng!!

Program realiti yang pertama, "Mari Main Tembak2", lokasi Pulau Langkawi. Yem, Wa, Yed, Rugug, Bad, Meri, Asri, Azli Gyver.

Pertandingan pakaian beragam bagi pasukan beruniform, dengan tema "Kepala Hotak Kau Berjambul", Kiri: Tuan Tuan Ramlan aka Jay, Arul aka Os, Wa aka Gua, Mohan aka Budak Hitam. Nota : Senapang tu senapang betul tuh...bukan beli kat Siam.

He he...yang ini tak ada kena mengena dengan UUM tapi kat Kedah jugak. tak dapat masuk askar, dapat jadi askar olok-olok pun ok. tapi tak ada senapang, senapang mainan pun tak merasa!!

Monday, February 23, 2009

Debunga Wangi

KOLEKSI GAMBAR LAMA YANG TERKINI!! Tiada di pasaran.

Pagi-pagi sebelum pegi audition kat Kulim. Dari kiri Wea Kemaro (Tekong 2), Mat Pit (banyak sangat nak gelar!!), Mus, Rosli Sarsiparilla, Sudin Keeper (goal keeperla), Apis (Saudagar Okid), Mahadi (Imam). Kat tengah:Ucop Acan, Malique, Ikmal, Azmin, Yed. Depan: Lokmea (Handsome Boy), Yem Bukan Bai, Manja, Amir Kagat.
Kumpulan rock paling hebat di Jepun, Kumpulan Taml Ear-San, tetapi diharamkan di Singapura dengan alasan menggunakan alas kaki yang tidak sesuai dan terlalu KeJepunan. Dari Kiri, Yed (Pemain Joran), Manja (Kaki Pau), Yem Bukan Bai (Pembuat Bes), Ucup Acan (Tekong), Meri (Pengeluar Biskut), Malique (Penyanyi Wrapper), Yut (Juruteknik Automatik), Mus June (Penulis Vokal), Rosli Sarsiparila (Striker) dan Ramlan (Lead). Gambar dari album pertama, bertajuk "Lagu Ikan Jaket Biru".

Aku pun tak ingat gambar pasal apa ada tapi aksi paling gempak ialah yang tengah tunjuk muka korang tu.. Yamin (sekarang haji), yang kontrol macho iaitu EAKA, yang berlaga punggung Rosli Sarsiparilla dengan Adzli Gyver..last sekali Ucup Acin (sebab spek dia bulat!!)
Posing lepas kena reject audition nak masuk UUM. Dari kiri : dua orang yang tidak dikenali dekat background, dipercayai saja sabotaj kita org posing, Depan : Rosli Sarsiparilla, Akim (pakar sat lekuk), Wak Basar (pesilat negara sendiri), iwan (penghulu kolakanso), 2 biji fire-extinguiser (kitaorg cuba alih tapi kena marah!). Belakang: Meri, Mus, Maniam (apit kiri). Lagu yang dinyanyi ialah lagu "Anak Kecil Main APA?"..

Yang Ini Gambo Kelas Daa....matrik tahun 1, mrsm Kulim, Kedah. Cikgu depan paling kanan ialah pemotong rambut paling berani....