Tuesday, February 24, 2009

Jerangkung Dalam Almari

Koleksi Gambar Lama Yang Terbaru- Masih Tiada Di Pasaran

Pasukan kalah-mati matrik uum, kombinasi Jenan-Kulim, sukan matrikulasi di UPM, dari kiri : Hadi (tekong), Londod (tekong kanan), Debeq (tekong kanan), Rhojak (tekong simpanan), Fadli (tekong kiri), Ucop Acan (tekong tengah), wa (tekong depan), Bad (tekong kiri), ala mamat ni aku lupa nama dia, tapi tekong jugak. Tu sebab tak menang, semua main tekong...!!

Bersantai di Langkawi dengan keluarga angkat Yem, Alai, Rohing dan Kaybis. Rambut dah gonjeng!!

Program realiti yang pertama, "Mari Main Tembak2", lokasi Pulau Langkawi. Yem, Wa, Yed, Rugug, Bad, Meri, Asri, Azli Gyver.

Pertandingan pakaian beragam bagi pasukan beruniform, dengan tema "Kepala Hotak Kau Berjambul", Kiri: Tuan Tuan Ramlan aka Jay, Arul aka Os, Wa aka Gua, Mohan aka Budak Hitam. Nota : Senapang tu senapang betul tuh...bukan beli kat Siam.

He he...yang ini tak ada kena mengena dengan UUM tapi kat Kedah jugak. tak dapat masuk askar, dapat jadi askar olok-olok pun ok. tapi tak ada senapang, senapang mainan pun tak merasa!!

Monday, February 23, 2009

Debunga Wangi

KOLEKSI GAMBAR LAMA YANG TERKINI!! Tiada di pasaran.

Pagi-pagi sebelum pegi audition kat Kulim. Dari kiri Wea Kemaro (Tekong 2), Mat Pit (banyak sangat nak gelar!!), Mus, Rosli Sarsiparilla, Sudin Keeper (goal keeperla), Apis (Saudagar Okid), Mahadi (Imam). Kat tengah:Ucop Acan, Malique, Ikmal, Azmin, Yed. Depan: Lokmea (Handsome Boy), Yem Bukan Bai, Manja, Amir Kagat.
Kumpulan rock paling hebat di Jepun, Kumpulan Taml Ear-San, tetapi diharamkan di Singapura dengan alasan menggunakan alas kaki yang tidak sesuai dan terlalu KeJepunan. Dari Kiri, Yed (Pemain Joran), Manja (Kaki Pau), Yem Bukan Bai (Pembuat Bes), Ucup Acan (Tekong), Meri (Pengeluar Biskut), Malique (Penyanyi Wrapper), Yut (Juruteknik Automatik), Mus June (Penulis Vokal), Rosli Sarsiparila (Striker) dan Ramlan (Lead). Gambar dari album pertama, bertajuk "Lagu Ikan Jaket Biru".

Aku pun tak ingat gambar pasal apa ada tapi aksi paling gempak ialah yang tengah tunjuk muka korang tu.. Yamin (sekarang haji), yang kontrol macho iaitu EAKA, yang berlaga punggung Rosli Sarsiparilla dengan Adzli Gyver..last sekali Ucup Acin (sebab spek dia bulat!!)
Posing lepas kena reject audition nak masuk UUM. Dari kiri : dua orang yang tidak dikenali dekat background, dipercayai saja sabotaj kita org posing, Depan : Rosli Sarsiparilla, Akim (pakar sat lekuk), Wak Basar (pesilat negara sendiri), iwan (penghulu kolakanso), 2 biji fire-extinguiser (kitaorg cuba alih tapi kena marah!). Belakang: Meri, Mus, Maniam (apit kiri). Lagu yang dinyanyi ialah lagu "Anak Kecil Main APA?"..

Yang Ini Gambo Kelas Daa....matrik tahun 1, mrsm Kulim, Kedah. Cikgu depan paling kanan ialah pemotong rambut paling berani....

Wednesday, January 28, 2009

Bisnes Superfriends

Koleksi Gambar-gambar di Restoran Ibunda
No.251, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Reservation Desk +603 2148 8488
web site : www.ibunda-finedine.com.my
email : dine@ibunda-finedine.com.my
Tokeh : Superfriend Yed.


Superfriend Ucop tengah tengok menu. Cari mana satu yang boleh bayar kendian..
Kalau nak belajar silat pun boleh..superfriend Yed.

Dalam Restoran Ibunda..

Tetamu yang sangat baik.....dengor jer....

Pembuka selera (appetizer..)

Sup Haruan

Kambing......

Seafood...

Sunday, January 4, 2009

Superfriends Bekam II

sanbungan..

Langkah 5, Break. Solat berjemaah dan makan. Menu istimewa oleh tuan rumah ialah nasi jagung. Gambar selepas solat zohor, diimamkan oleh pengamal bekam, Ust. Abd Hadi.


Nampaknya tuan rumah yang bersemangat bila time makan, tak apa...next round, tuan rumah dah janji hidangan luar biasa....so, tunggu next round of superfriends bekam...
BEFORE (ALAT SEKULAT BEKAM)
AFTER (ALAT SEKULAT BEKAM)
AFTER (THE BODY OF BEKAMER)
AKUPUNTUR, 2 JARUM SHJ (PROMO!)

CLOSE-UP TERPILIH
(Kumpilasi gambar-gambar yang mengerikan bagi bukan peminat bekam. Jangan tiru aksi ini dirumah anda, darah yang anda lihat adalah darah sebenar, bukan lakonan!)

Superfriends Bekam I

AKTIVITI : Bekam (Cupping)
LOKASI : Rumah Superfriend Bud, Taman Tropika, Bangi

MASA & TARIKH : 1030 pagi - 1800 ptg

PESERTA : 10 ORANG

PERAWAT : 3 ORANG dari Pusat Rawatan Tibbun Mubarak, Seremban di ketuai oleh USTAZ ABD HADI MOHD ISA, dari Batu Kikir, N9.


AMARAN! JANGAN TENGOK JIKA SEDANG ATAU TENGAH MAKAN NASI!!


Gambar lokasi rumah superfriends Bud, tempat aktiviti bekam dijalankan buat kali ke-2.

Persediaan untuk memulakan aktiviti oleh pengamal dariTibbun Mubarak.Menyusun 'katil' dan alat-sekulat di tempat bekam akan dijalankan.



langkah 1, periksa mata, tapak tangan,nadi dan tempat-tempat untuk dibekam.



langkah 2, kalau ada yang kena tekan, pengamal akan tekan, kalau ada yang kena lipat, pengamal akan lipat. Kiropraktik.
langkah 3, bekam 'warming-up' , bekam angin dulu, kasi point-point bekam seterusnya ready untuk 'the real thing'.
langkah 4, the real thing, bekam untuk keluarkan darah-darah yang sakit dari dalam tubuh, mengikut sunnah Nabi SAW. Tempat-tempat biasa ialah dibahagian belakang badan, di kepala dan di kaki.

bersambung........

Friday, January 2, 2009

Superfriends In Golfing Action 2008

Budak-budak Superfriends semua serba-boleh. Aksi-aksi posing kat padang golf yang sempat dirakam oleh jurugambar majalah hiburan 'MANGKUK', dalam usaha mencari model cover yang paling 'besar'!.

LOKASI : Selatan Ha Noi, tempat bernama Nam Heng, 6 kilometer dari Ul-utir'am.
TARIKH: 7 December 2008, 9 Zulhijjah 1429



Pemain pro dalam gambar :
  1. Superfriends Ar-Madi Ahmad (Adik kepada blogger belum terkenal, blog Wa Dan Islam), baju putih merah pakai topi, paling kanan.
  2. Dua dari kanan, bekas penyanyi rock yang tak pernah nyanyi, Rosli Sarsiparilla, baju merah topi biru.
  3. Seorang budak yang pernah memohon untuk jadi ahli superfriends tapi tak layak sebab tak pandai nyanyi. Zahir, budak ex-muo, baju merah paling kiri.
  4. Baju putih tak pakai topi, kawan no.3.

Ar-Madi selepas melakukan pukulan 'naga berantai berkembar' diikuti dengan tarian zapin Johor.

Pemain pro, Rosli Sarsiparilla sedang memulakan jurus untuk pukulan maut 'putaran angin 8 penjuru' dengan mentera 'anakharun' selepas pukulan!

Zahir, tengah nak patahkan pemukul bola!

LOKASI 2 : Selatan Thai, Bang-e Golf Resort.
KEJOHANAN : ANSARA Taiping
TARIKH 2: 1 Januari 2009, 4 Muharam 1430


Pemain dalam gambar. Dari kiri, Superfriends Hadi Yusof, BM Bank Rakyat Bandar Pusat Jengka, tengah ialah bekas pemain bolasepak pantai Rosli Sarsiparilla (apsal 'tetek' nampak dia beso, hek?), paling kanan, Mr Zuki, ex-MRSM KB, champion.

Pemain dalam gambar. Dari kiri, Superfriends Hadi Yusof, BM Bank Rakyat Bandar Pusat Jengka, tengah ialah bekas 'number eight' pasukan ragbi BYE-KING, Rosli Sarsiparilla (eh, sama jugak, apsal 'tetek' nampak dia beso, hek?). Paling kanan, dia ni sebenarnya tak de kena mengena dengan superfriends tapi pasal dia kenal superfriends LAWE jadi dia join sekali tournament tu lah, organizer hari itu pulak semua kawan-kawan LAWE, jadi dia pakai kabel LAWE lah tu agaknya. Tapi, LAWE ada bagitau, wife dia sebenarnya ialah ex-classmate LAWE, kebetulan pulak, dia ni dulu ialah ofis-mate blogger yang belum terkenal, blog wa dan islam, jadi dia sebagai pemain undangan lah hari itu.